TABUNG JUMAAT
Allah s.w.t. berfirman:
“Barangsiapa yang meminjamkan kepada Allah dengan pinjaman yang baik, maka Allah s.w.t akan melipatgandakan ganti kepadanya dengan BANYAK.
Dan (ingatlah) Allah s.w.t. jualah Yang Menyempitkan dan Yang Meluaskan (pemberian Rezeki) dan kepada-Nyalah kamu semua dikembalikan”
(Al-Baqarah: 245)
Dari Abu Hurairah R.a berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda:
((Sesiapa yang mewakafkan kudanya pada jalan Allah dalam keadaan beriman dengan Allah dan percaya dengan Pahala yang djanjikan-Nya. Maka sesungguhnya, segala perkara yang dimakan atau diminum oleh kuda, buangan air besar (tahi) dan buangan air kecil (kencing) kuda, kesemuanya memberatkan timbangan neraca pada hari akhirat.))
◦HR Bukhari – Sohih
Di hari Jumaat yang Mulia ini, marilah sama-sama kita meningkatkan amalan dengan melakukan amalan sedekah jariah (Wakaf Tunai)
dalam projek Mall Wakaf ‘ASEAN Mall@Pattani, Thailand’.
Niatkan sumbangan ini bagi pihak anda, keluarga dan yang tersayang.
Semoga Allah memberkati dan memurahkan rezeki tuan-tuan dan puan-puan sekalian.
Terima Kasih atas sumbangan wakaf yang diberikan.
ASEAN Mall@Pattani, Thailand
Merupakan satu-satunya Mall milik ummat Islam di Selatan Thailand berkonsepkan Wakaf dan Mesra Muslim di samping menjadi ‘Gateway’ kepada pasaran Eksport produk2 Halal di rantau ASEAN.
Bakal menjadi tumpuan 2 juta penduduk di Selatan Thailand dan seluruh usahawan muslim di rantau ASEAN.