Bukti Resit Pelaburan di dalam Blockchain

Kini, UnitiAsia Partners PLT menawarkan pembuktian resit pelaburan melalui teknologi blockchain. Antara kebaikan menggunakan teknologi ini ialah rekod pelaburan anda, sebagai pelabur waqaf disimpan di dalam lejer agihan yang bukan hanya disimpan pada satu pelayan komputer, tetapi pelbagai komputer di seluruh dunia. Usah risau, rekod pelaburan anda telah di encrypt supaya anda sahaja dapat membacanya.

Oleh itu rekod pelaburan di UnitiAsia selamat dan tidak boleh digodam atau diubah walaupun oleh pihak syarikat. Berikut adalah kebaikan menyimpan rekod pelaburan anda di dalam blockchain:

  • Ketelusan di antara orang awam, pelabur, kontraktor dan pengurus waqaf;
  • Mempunyai jejak audit yang mampan;
  • Sebagai simpanan digital dan pendua kepada resit kertas yang asal.

Klik disini untuk pendaftaran dan memperolehi resit blockchain.